Indian Ocean Territories Health Service (IOTHS) memberikan perawatan kesihatan untuk masyarakat Pulu Christmas dan Cocos (Keeling). Commonwealth of Australia, melalui Christmas Island Administration, memiliki, menjalankan dan memberi duit bantuan untuk IOTHS. IOTHS adalah pehak perawatan kesihatan yang tersendiri dengan perhubungan yang bukan resmi dengan WA Health melalui persetujuan ‘Service Delivery’, yang hanya merupakan nasihat-nasihat.

IOTHS bertanggungjawab untuk penghasilan dan berkesanan hospital, rawatan luaran dan dasar kesihatan masyarakat dan rawatan gigi di Indian Ocean Territories. IOTHS mengandungi Christmas Island Health Service, yang termasuk hospital, dan Cocos (Keeling) Island Health Service, yang mengandungi pusat kesihatan dikedua-dua Pulu Panjang dan Home Island.

Klinik di Home Island berada di Jalan Masjid dan Klinik di Pulu Panjang di Sydney Highway, disebelah Bungalows.

Pelayanan yang tersedia termasuk General Practitioner, Nursing untuk Masyarakat, Program-program Kesihatan Masyarakat, Rawatan Emerjensi, Rawatan Pathology dan pelawatan Ahli-ahli dan ‘Allied Health Practitioners’ yang termasuk:

  • Physician
  • Paediatrician & nurse kesihatan anak-anak
  • Optometrist, ophthalmologist dan optician
  • Physio dan kesihatan pekerjaan
  • Speech Pathologist
  • Podiatrist
  • Pharmacist
  • Dentist & dental therapist
  • Psychologist
  • Gynaecologist & kesihatan wanita

Masa Terbuka

Kedua-dua klinik terbuka dari Senin hingga Jumaat dari 8.00am hingga 4.00pm.

Rawatan GP disediakan pada hari Senin, Rebo hingga Jumaat di Home Island dan pada hari Selasa di Pulu Panjang. Appointment diperlukan olehkerana masa Doktor boleh bertukar menerut keperluannya dikedua-dua pulu.

Rawatan Nursing Masyarakat/Rawatan Nursing Emerjensi tersedia di Pulu Panjang dari hari Senin hingga Jumaat dari 8.00am hingga 4.00pm, dan di Home Island dari 7.30am hingga 4.00pm. Jururawat akan berhubung dengan GP untuk nasihat-nasihat rawatan jika diperlukan.

Pelayanan untuk Emerjensi 24 jam tersedia 7 hari seminggu dikedua-dua pulu.
To find out which nurse is on call please phone:

 

Pesan rakaman akan memberitahu kamu Nurse yang mana satu sedang ‘on call’ dan bagaimana untuk menghubunginya secara mobile atau talipun rumah.

Dengan cara lain, notis disediakan didepan pintu kedua-dua klinik yang menerangkan cara menghubungi nurse selepas masa kerja.

Nurse-nurse membawa Marine Radio selepas kerja. Kalau tidak boleh dihubungi Nurse dengan Talipun, kamu boleh menggunakan marine radio di Channel 24.

Radio disediakan didepan setiap Pusat Kesihatan dan Aturcara untuk menggunakannya.

FaLang translation system by Faboba